fb fb fb fb fb

Terminal Bas Larkin Sentral, tingkat kawalan keselamatan menjelang Aidilfitri

Ketua Penyelia Polis Bantuan Terminal, Sarjan Mejar Noor Azaman Yusof

JOHOR BAHRU, 9 April- Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bahru menjangkakan peningkatan jumlah pengunjung tiga kali ganda menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Justeru, aspek keselamatan terus diutamakan pihak pengurusan bagi memastikan pengguna selamat sampai ke destinasi.

Menurut Ketua Penyelia Polis Bantuan Terminal, Sarjan Mejar Noor Azaman Yusof, 18 anggotanya akan bertugas selama 24 jam, bermula esok.

"Keselamatan pengunjung dan barangan peribadi mereka antara yang kita tekankan. Saya telah menyusun jadual anggota sejak awal bulan lagi, bagi susunan lokasi yang kita rasa perlu selain kawasan tumpuan."

"Kita akan letakkan semua anggota bertugas di kawasan yang kita telah tetapkan selama 24 jam," kata Noor Azaman kepada pemberita, hari ini.

Terminal Larkin Sentral menerima jumlah pengguna perkhidmatan bas awam tertinggi, mengatasi jumlah pengguna di Johor Bahru (JB) Sentral di pusat bandar raya.

Orang ramai turut diingatkan untuk menjaga keselamatan diri dan barangan peribadi, ketika menggunakan perkhidmatan bas, yang disediakan.

Selain itu,memastikan barangan tidak diletakkan merata-rata, disamping menjaga jarak diri dengan laluan bas.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM