fb fb fb fb fb

Terengganu tambah baik sistem pelupusan sampah

KUALA NERUS, 16 Julai- Terengganu sedang mengenal pasti beberapa kaedah bagi menambah baik sistem pelupusan sampah di negeri tersebut.

Ketika ini, tapak pengumpulan sampah sedia ada berdepan masalah pengurusan sampah dan sisa pepejal yang tidak tersusun.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata antara yang dicadangkan adalah menggunakan teknologi 'incinerator'.

Menerusi proses itu, sampah akan diasingkan dan sisa makanan akan diproses manakala bakinya akan dihantar ke pelupusan sampah.

Selain pengurusan yang lebih kemas, sampah juga boleh dikitar semula dan dijadikan sumber pulangan wang.

60 hingga 70 juta setahun dibelanjakan bagi kerja-kerja pengurusan sampah di negeri itu dan kos tersebut meningkat 10% setiap tahun.

"Kerajaan sedang melihat pada satu sudut lain iaitu untuk menggunakan teknologi pula. Insya-Allah dengan teknologi moden ini, kita tak perlu tanah yang besar dan dengan peralatan ini akan memudahkan kitalah dari segi pengurusan serta mengurangkan penggunaan tanah," kata Dr Alias Razak kepada RTM ketika menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan pantai di Kuala Nerus.


(Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak menjelaskannya
kepada media ketika menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan pantai di Kuala Nerus)

300 peserta terdiri daripada pelbagai agensi menyertai aktiviti berkenaan.

Media Baharu