fb fb fb fb fb

Terengganu bakal bangunkan projek pertanian terbesar di Lembah Bidong Setiu


FOTO: MEDIA MB TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 13 Januari - 600 hektar tanah di Lembah Bidong Setiu akan dibangunkan menerusi projek secara komersial bernilai lebih RM360 juta bakal menjadi projek
pertanian terbesar di Terengganu.

Ia sekaligus dapat menjana lebih 2000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Luar Bandar Negeri Terengganu Dr Azman bin Ibrahim, projek berkenan adalah usahasama
diantara Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd. dan McCormick Global Ingredients Malaysia Sdn. Bhd. salah sebuah syarikat pelaburan dari Amerika Syarikat.

"Ia selari dengan dasar Kerajaan Negeri melalui Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023 yang memfokuskan kepada pengeluaran tanaman makanan".

"Selain itu, menjadikan negeri Terengganu sebagai pengeluar makanan utama negara", katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Penanaman Lada Hitam di Daerah Setiu di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.

 

Media Baharu