fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Sibu dipindahkan ke PPS


SIBU, 12 Januari- Seramai 44 penduduk membabitkan lima keluarga di Kampung Seduan Jaya, Jeriah dipindahkan di Pusat Penempatan Sementara, (PPS) di Dewan Kampung, Jeriah, Sibu setakat pukul 5.15 petang tadi.

Menurut Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dr. Annuar Rapaee, banjir di kampung terbabit berpunca daripada sistem perparitan yang kurang baik selain hujan lebat yang berterusan sejak semalam.


Dr. Annuar menjelaskan, keputusan memindahkan penduduk berkenaan ke PPS Dewan Kampung Jeriah sebagai langkah keselamatan kepada penduduk memandangkan hujan turun tanpa henti selain bimbang paras air akan semakin meningkat.

"Disebabkan ada yang mempunyai baby, anak kecil jadi dinasihatkan pindah. Ada juga orang tua, kita takut ada yang jatuh sakit malam ini susah untuk pihak keselamatan atau pihak bomba untuk memindahkan mereka sekiranya berlaku masalah kesihatan pada sebelah malam,"

"Arahan memindahkan mereka ke PPS juga kerana beliau tidak mahu berlaku kes kecemasan dan situasi ini telah dialami sendiri oleh salah seorang penduduk yang masih tinggal di rumah namun tiba-tiba mengadu sakit dada dan mengalami sesak nafas," jelasnya kepada pemberita selepas membantu menyelaraskan bantuan kepada semua mangsa banjir di Kampung Seduan Jaya, Jeriah petang tadi.

Anggota bomba yang membantu memindahkan penduduk terlibat banjir telah bergegas ke rumah mangsa dan seterusnya dikejarkan ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Media Baharu