YOKOHAMA, 25 Ogos-Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin terus mencipta sensasi selepas menewaskan pilihan ketiga yang juga juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae untuk meraih gelaran sulung tahun ini di Terbuka Jepun.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung di i Yokohama Arena, Szei Fei-Izzuddin menundukkan lawan yang berada di ranking ketiga dengan keputusan 21-19, 21-15.
Szei Fei-Izzuddin diberi tentangan pada set pertama, namun ketenangan mengawal gelanggang dan tempo permainan memastikan set pertama menjadi milik pasangan berkenaan.
Pada set kedua,Szei-Fei-Izzuddin tidak memberi sebarang ruang buat pasangan daripada Korea Selatan itu daripada terus bangkit dengan memenangi perlawanan 21-15.
Ini adalah kemenangan pertama mereka dalam tempoh hampir setahun selepas kali terakhir meraih gelaran pada kejohanan Abu Dhabi Masters yang berlangsung Oktober tahun lalu.