fb fb fb fb fb

Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil

Mauro Vieira bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 25 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Vieira tiba di Seri Perdana kir-kira pukul 11.00 pagi.

Beliau bersama-sama delegasi tiba di Malaysia semalam bagi mengadakan lawatan rasmi dua hari, yang juga merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sebagai Menteri Luar, sejak menyandang jawatan itu pada 1 Januari 2023.

Pada pertemuan tersebut beberapa perkara turut disentuh termasuk kerjasama sedia ada serta bertukar pandangan antara kedua-dua negara.

Selain itu Vieira turut mengadakan pertemuan dua hala bersama-sama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Antara kerjasama sedia ada yang ada termasuk perdagangan dan pelaburan, industri halal dan hubungan antara rakyat.

Brazil merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin.

Tahun lalu, Malaysia dengan Brazil mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM17.46 bilion, iaitu peningkatan sebanyak empat peratus berbanding RM16.86 bilion tahun 2022.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI