fb fb fb fb fb

Terbabas ke dalam gaung, pemandu lori maut

Foto Ihsan Bomba

BENTONG, 27 September- Seorang lelaki maut apabila lori yang dipandunya terbabas ke dalam gaung sedalam 40 meter berhampiran Balai Polis Telemong, Karak, pagi tadi.
 
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima berita itu pada pukul 10.52 pagi tadi.
 
Sejurus menerima laporan, seramai enam pegawai termasuk anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak digerakkan ke lokasi dan mendapati lori tiga tan itu berada di dalam gaung yang dipenuhi air.
 
Mangsa yang merupakan seorang lelaki berbangsa Cina ditemukan telah tercampak dan tersepit di bawah lori tersebut.
 
Anggota bomba terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan 'air lifting' serta tali menyelamat.
 
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


(Foto Ihsan Bomba)

Media Baharu