fb fb fb fb fb

Karnival Unit Pesta Bola Merdeka KL 2023: Lebih 100,000 pengunjung dijangka hadir

PUTRAJAYA, 27 September- Lebih 100,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Karnival Unit Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 yang akan bermula 13 hingga 17 Oktober ini.

Menurut Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang, penganjuran karnival tersebut dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah bersempena dengan kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 dan menjadi wadah menyemarakkan semangat perpaduan.


(Perasmian Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Putrajaya)

"Sangat istimewa kali ini kerana kalau kita melihat pameran ini kita kembalikan sejarah merdeka, pesta-pesta bola merdeka yang dulu kita melihat ramai daripada pemain-pemain bola dulu dan kini kita tampilkan mereka untuk bersama kita supaya ianya akan lebih meriah.

"Tujuan utama adalah untuk perpaduan dan melalui aktiviti sukan adalah salah satu daripadanya selain daripada macam aktiviti-aktivi lain", katanya pada sidang media Perasmian Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Putrajaya.

Tambah beliau, dengan tema "Bola Sepak Menyatukan Kita", menjadikan karnival tersebut sebagai satu platform menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka termasuklah acara larian, berbasikal, kejohanan penalti, kejohanan bola sepak jalanan, persembahan kebudayaan dan lain-lain.

Media Baharu