fb fb fb fb fb

RM35,000 bina laluan pejalan kaki SK Seri Perling 2

JOHOR BAHRU, 27 September- Yayasan Eco World memperuntukkan RM35,000 bagi membina laluan pejalan kaki di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perling 2 di Johor Bahru untuk memudahkan perjalanan keluar masuk murid.

Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Seri Lee Lam Thye berkata pembinaan struktur itu juga melancarkan pertukaran murid sesi pagi dan petang terutama ketika cuaca hujan.

"Ia adalah sebahagian daripada Program Khas Sekolah–Sekolah (SAP) Eco World yang disertai 130 buah sekolah seluruh negara.

"Sebanyak 43 permohonan diterima untuk menaik taraf kemudahan asas sekolah dan hanya tiga daripadanya yang terpilih.

"Program turut memberi fokus membantu pelajar miskin dan sebelum ini pihak kami telah menyumbang sebanyak RM860,000 untuk membeli peralatan sekolah.

"Selain itu, Program Bantuan Pelajar  yang dianjurkan yayasan tersebut memperuntukkan lebih RM3 juta setahun.

"Ia memanfaatkan 2,000 pelajar miskin peringkat sekolah rendah hingga pengajian tinggi," katanya kepada pemberita di sini.


(Sebanyak 43 permohonan diterima untuk menaik taraf kemudahan asas
sekolah dan hanya tiga daripadanya dipilih atas faktor dana terhad.)

Media Baharu