fb fb fb fb fb

TERAJU berjaya tawar 600 peluang pekerjaan kepada penduduk Langkawi

Foto Fail

LANGKAWI, 30 September- 600 peluang pekerjaan berjaya ditawarkan kepada penduduk Langkawi menerusi agenda pembangunan bernilai RM21.25 juta yang dikelolakan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sejak tahun 2011.

Ia merangkumi dana di bawah program Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB), Dana Mudahcara (FF) dan Dana Kemakmuran Bumiputera (DKB).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Datuk Md Silmi Abd Rahman, sesi libat urus ini bertujuan untuk berkongsi fungsi dan peranan TERAJU dalam pemerkasaan agenda Bumiputera di samping memberi penerangan mengenai projek-projek pembangunan di dalam sektor pelancongan, sektor pertanian dan komoditi yang dijalankan di bawah program-program TERAJU khususnya di pulau peranginan ini.

"Kita nak buat projek lebih ke arah akuakultur, perikanan laut dan pertanian. Kita bangkitkan untuk kita buat sayuran pertanian pintar bagaimana Langkawi tidak bergantung kepada tanah besar untuk hotel, pertanian yang bernilai tinggi," kata Md Silmi kepada media pada Sesi Libat Urus Bersama Pegawai Penyelaras Aduan Jabatan Perdana Menteri di Langkawi, Kedah hari ini.


(Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Datuk Md Silmi Abd Rahman ditemui media RTM pada Sesi Libat Urus Bersama
Pegawai Penyelaras Aduan Jabatan Perdana Menteri di Langkawi)

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Ismail.

Turut diadakan sesi taklimat dan pameran projek-projekyang telah dilaksanakan di Langkawi.

Projek-projek pembangunan di Langkawi bukan sahaja menjadi daya tarikan malah menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanconguntuk menerokai pulau lagenda tersebut.

Media Baharu