PETALING JAYA, 17 Ogos - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 3.00 pagi, esok.
MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan beberapa kawasan yang terlibat di negeri Sarawak iaitu Miri (Telang Usan) dan Limbang. Manakala, beberapa kawasan yang terlibat di negeri Sabah iaitu pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) serta Wilayah Persektuan Labuan.
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran", menurut MET Malaysia.