fb fb fb fb fb

MTL dijangka bermula 13 November ini

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR 10 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada 13 November sehingga Mac 2026.

METMalaysia memaklumkan bahawa lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku sepanjang tempoh tersebut.

"Hujan lebat berterusan untuk beberapa hari boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan rendah.

"Tiupan angin timur laut yang berterusan dan kencang boleh mengakibatkan laut bergelora serta peningkatan paras air laut, khususnya di perairan Laut China Selatan," menurut kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat dan sentiasa peka terhadap maklumat, nasihat, ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM