fb fb fb fb fb

PM hulur sumbangan kepada pesakit kanser, pesara tentera di Kuantan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pesakit kanser Mohd Sharul Ikmal dan pesara tentera Pak Nik Soh.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi dalam siri Ziarah MADANI di Taman Balok Jaya, Kuantan.

Menurut perkongsian Datuk Ahmad Farhan, sumbangan dari Perdana Menteri kepada kedua-dua penerima itu sebagai tanda kasih dan solidariti.

"Namun lebih dari itu, yang kita dambakan ialah doa, perhatian dan usaha berterusan agar mereka tidak berjuang sendirian. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesembuhan dan ketabahan buat mereka sekeluarga.

Beliau berkata Mohd Sharul Ikmal, 27 tahun, berjuang melawan kanser pangkal hidung tahap empat.

"Lebih pilu, beliau ada seorang anak kecil yang sedang membesar, tetapi bapanya kini diuji masalah kesihatan kronik dan memerlukan sokongan untuk terus bertahan", menurut perkongsian itu.

Manakala, Pak Nik Soh, seorang pesara tentera yang kini diuji hampir hilang penglihatan akibat masalah saraf mata sejak tiga tahun lalu.

"Seorang ayah yang dulunya gagah berkhidmat untuk negara, kini bergantung pada anak-anak dan jiran tetangga untuk meneruskan kehidupan", katanya.

 

ROSLINA BINTI DIN