fb fb fb fb fb

PM arah siasatan lanjut terhadap Tommy Thomas

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 30 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi penguat kuasa melaksanakan siasatan lanjut kemungkinan salah laku Tan Sri Tommy Thomas.

Ia berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku dihasilkan bekas Peguam Negara itu.

Perdana Menteri berkata siasatan akan dilakukan antaranya di bawah Seksyen 124(i) dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jelas Datuk Seri Ismail Sabri, Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah dibentangkan laporan siasatan Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” tulisan Tan Sri Tommy.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/Fail)

Pasukan itu juga telah mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan.

Empat isu utama iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta kecuaian profesional, dan kenyataan berbaur hasutan.

Turut dikemukakan beberapa syor untuk tindakan susulan.

Media Baharu