fb fb fb fb fb

China lulus jet penumpang C919 buatan sendiri untuk bersaing dengan Boeing

(Jet penumpang buatan China C919 berlepas semasa penerbangan ujian pertamanya di
Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong di Shanghai, China/REUTERS)

BEIJING, 30 September- Pengawal selia penerbangan awam China meluluskan jet penumpang besar pertama keluaran negara itu, lapor media tempatan, dengan Beijing berharap pesawat itu akan mencabar model asing seperti Boeing 737 MAX dan Airbus A320.

Jet C919 yang dibina oleh syarikat milik kerajaan Commercial Aircraft Corp of China (COMAC), telah ditauliahkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital dalam satu majlis rasmi semalam.

Pesawat itu adalah percubaan China untuk membina kapal terbang dengan potensi komersial yang akan mengurangkan pergantungan pada teknologi asing walaupun kebanyakan bahagian C919 datang daripada pembekal luar negara.

China adalah pasaran penerbangan kedua terbesar di dunia.

(China lulus jet penumpang C919 buatan sendiri untuk bersaing dengan Boeing/Google)

Syarikat penerbangan negara menyatakan sokongan penuh kepada jet itu walaupun ia belum menerima lampu hijau daripada pengawal selia Amerika Syarikat dan Eropah.

China Eastern Airlines syarikat penerbangan kedua terbesar di negara itu mengikut jumlah penumpang, merancang untuk memperkenalkan empat unit C919 ke dalam armadanya.

Media tempatan melaporkan pesawat itu akan dihantar ke China Eastern menjelang akhir tahun ini dan mula beroperasi pada suku pertama 2023.

Menurut kenyataan COMAC di laman web rasminya, 815 pesanan telah diterima daripada 28 pelanggan. -AFP

Media Baharu