fb fb fb fb fb

KPM lantik Pkharuddin Ghazali sebagai KPPM baharu

Foto FB Kementerian

KUALA LUMPUR, 30 September- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melantik Datuk Haji Pkharuddin Haji Ghazali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuatkuasa pada 23 September 2022.

Ia sekali gus menjadikan beliau adalah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang ke-19 menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan KPM hari ini.

Berusia 59 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) pengkhususan dalam bidang Geografi dari Universiti Malaya.

Telah memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada 1 Ogos 1989 sebagai guru di Sekolah Menengah King George V, Negeri Sembilan.

Beliau juga telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM selama 33 tahun dan menyandang pelbagai jawatan antaranya Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan, Pengetua di SMK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan dan banyak lagi.

KPM yakin Datuk Haji Pkharuddin Haji Ghazali dapat menerajui perkhidmatan pendidikan serta meneruskan kesinambungan dalam memacu transformasi pendidikan negara.


(Foto Fail)

Media Baharu