fb fb fb fb fb

Guru cemerlang sekolah rendah berpeluang naik gred - KPM

SEPANG, 30 September- Guru cemerlang yang berkhidmat di sekolah rendah juga akan diberi peluang untuk dinaikkan pangkat ke gred lebih tinggi seperti rakan sejawat mereka di sekolah menengah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata segala kriteria dan perincian berkaitan perkara itu akan diperhalusi dan diumumkan kemudian.

"Secara umumnya, kita sedar, cikgu sekolah menengah boleh (dinaikkan pangkat) mengapa sekolah rendah tak boleh. Dalam konteks ini, mereka juga akan diberi ruang serta akan diberi kuota yang lebih ke pangkat guru cemerlang dan gred yang lebih tinggi termasuklah Gred 52 dan 54," kata Radzi kepada RTM selepas melawat tapak projek sekolah di Sepang, hari ini.


(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin/Fail)

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan bahawa gred Guru Penolong Kanan (GPK) boleh ditingkatkan sekiranya memenuhi kriteria ditetapkan.

Perkara tersebut telah dibincangkan bersama pihak Kementerian kewangan (MOF) dan Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA) yang bersetuju dengan ketetapan tersebut.

Media Baharu