fb fb fb fb fb

Larian MAPPA XX 2025, platform kukuh kerjasama kerajaan & swasta

Masitah Annuar

KUCHING, 6 Julai- Program Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) 2025 Sarawak merupakan platform memperkukuh kerjasama antara institusi kerajaan dan swasta.

Pengarah Wilayah Intan Kampus Wilayah Sarawak, Masitah Annuar berkata, penyertaan pelbagai pihak pada program itu dilihat sebagai usaha dalam memperkasa kemampanan pembangunan negara.

Selain itu peserta larian juga berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan daripada dua institusi tersebut.

"Kita juga menyediakan reruai ataupun booth pameran perkhidmatan kerajaan, seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarawak Pay, Sarawak ID dan pemeriksaan kesihatan.

"Program seperti ini memberi peluang kepada peserta untuk beriadah serta mendapatkan perkhidmatan di lokasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah bagi Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) 2025 Sarawak di perkarangan Majlis Dewan Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini hari ini.

Program itu turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, yang merasmikan pelepasan larian untuk tiga kategori iaitu 3 kilometer, 5 kilometer dan 10 kilometer.

Larian tersebut menerima penyertaan melebihi 2,500 dan merupakan siri ketiga selepas di Kuantan, Pahang dan Batu Kawan, Pulau Pinang. .

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI