fb fb fb fb fb

Tentera laut perlu pemodenan - Menteri

(Foto Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan)

LANGKAWI, 23 Mei- Pemodenan tentera laut adalah penting dan wajar diperbaharui dengan teknologi terkini berkaitan ketenteraan laut.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, ia juga bagi memastikan angkatan tentera itu bergerak seiring dengan ekonomi moden.  

“Tentera laut mestilah bersedia untuk menghadapi sebarang senario, dilengkapi kebijaksanaan, kecerdikan dan pengalaman untuk menangani perkara yang tidak dijangka.

“Sejarah telah menunjukkan kepada kita bahawa dengan perkembangan teknologi, landskap keselamatan dan sifat hal ehwal maritim turut berubah," katanya ketika berucap pada Perbincangan Meja Bulat Ketua-Ketua Tentera Laut (CNRT) sempena Pameran LIMA'23 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.

Turut hadir Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob.


(Foto Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan)

Media Baharu