(Exco Selangor, Rodziah Ismail)
KUALA LUMPUR, 23 Mei- Individu yang tidak memiliki slip gaji, golongan B40 dan belia yang masih belum memiliki rumah, berpeluang memilikinya di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Exco Selangor merangkap Pengerusi Perumahan Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, golongan berkenaan digalak menghadiri Pameran Harta Tanah Bumiputera (BPEX) bagi memohon skim tersebut.
"Apa pun ada alternatif kepada pihak-pihak terutamanya bumiputera yang tidak ada sokongan daripada sudut penyata kewangan itu ,pihak pemudahcara ada bersama. Begitu jugak mereka yang bekerja secara kontrak", katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media BPEX, di ibu negara.
Sebanyak 50 pemaju perumahan terlibat dengan lebih 4,000 unit kediaman ditawarkan di Lembah Klang.
Antara pemaju perumahan yang mengambil bahagian ialah Perbadanan Kemajuan Negeri selangor (PKNS) ,Gamuda Land dan Glenmarie Cove.
BPEX yang dianjur Marvel Management Communication ini menyasarkan jualan RM50 juta untuk pameran kali ini
Pameran berlangsung selama dua hari bermula 27 hingga 28 Mei ini bertempat di Pusat Pameran Mid Valley,Kuala Lumpur.
(Sidang media Pameran Harta Tanah Bumiputera BPEX)