fb fb fb fb fb

Tengku Zafrul dilantik Bendahari BN Selangor

SHAH ALAM, 31 Julai - Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor yang baharu pada Ahad.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mengumumkan perkara itu berkata, Datuk Seri Jamal Md Yunos pula dilantik sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor.

"Saya hendak buat sedikit rombakan dalam BN Selangor...rombakan pertama saya lantik bendahari baharu, Tengku Zafrul Aziz sebagai Bendahari BN Selangor.

"Saya juga melantik Jamal sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor," kata beliau dalam ucapan Majlis Penutup dan Makan Malam Konvensyen BN Selangor, di Pusat Konvensyen Setia Alam, di sini malam ini.

Menurutnya, rombakan kecil barisan kepimpinan BN Selangor itu dibuat sebagai persedian BN Selangor untuk menghadapi PRU ke-15 tidak lama lagi.

Pelantikan itu juga diharap dapat memberi semangat baharu buat BN Selangor untuk kembali bangkit daripada kekalahan mereka pada PRU-14 yang lalu.

Media Baharu