fb fb fb fb fb

Tender perlu dianugerah berdasarkan rekod prestasi syarikat - PM

(FOTO HIASAN)

PETALING JAYA, 16 Mac - Semua tender bagi semua projek-projek besar perlu diberikan kepada syarikat yang mempunyai keupayaan dengan rekod prestasi yang baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah berkenaan adalah demi memastikan syarikat yang berkredibiliti dan benar-benar mampu akan menjadi pilihan.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / FOTO BERNAMA)

"Saya rasa peluang sekarang adalah berkhidmat bagi menyelamatkan negara ini daripada rasuah dengan ruang pertumbuhan dan pembangunan.

"Kita ada keupayaan untuk menjadi hebat semula dengan berkongsi faedah bersama rakyat dan sebab itu saya cadangkan konsep Madani ini," katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Bersempena Ulang Tahun ke 50 Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini, malam tadi.

Sementara itu, Anwar berkata isu yang membelenggu sektor perumahan dalam negara boleh diselesaikan dengan mengubah proses yang lapuk, memacu, dan memudahkan prosesnya.

Beliau berkata masih ada ruang untuk penambahbaikan bagi peraturan-peraturan dalam negara serta kadar kepantasan kelulusan yang diperlukan.

"Kita telah berbincang dengan semua Menteri Besar, agar Majlis Perbandaran di negeri-negeri dapat membantu dan menyegerakan proses-prosesnya," katanya.

Media Baharu