fb fb fb fb fb

Tempoh pemeriksaan Puspakom bagi kenderaan perdagangan kekal 6 bulan

JOHOR BAHRU, 31 Julai- Kementerian Pengangkutan tidak bercadang memendekkan tempoh pemeriksaan di Puspakom bagi lori perdagangan sebagai inisiatif mencegah kemalangan membabitkan kenderaan berat itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata faktor utama kemalangan ialah muatan berat, selain pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Pada masa ini, lori perdagangan perlu membuat pemeriksaan di Puspakom setiap enam bulan.

"Kerana ada kemalangan kita kata kerapkan pemeriksaan. Terlalu kerap pun ada masalah juga, sebab kita mesti ada justifikasi, kita tidak mahu kerana satu insiden semata-mata kita macam ini, masalahnya bukan di sini masalahnya ialah muatan lebih," kata Ka Siong selepas hadir Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Ikrar Angkat Sumpah Ketua Masyarakat Cina Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini.

(Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Ikrar
Angkat Sumpah Ketua Masyarakat Cina Negeri Johor di Kota Iskandar, Johor Bahru)

Pada majlis itu, seramai 120 ketua masyarakat Cina menerima watikah pelantikan, seterusnya menjadi ejen masyarakat dengan kerajaan negeri.

Mereka dipilih menerusi temu duga bagi memastikan tanggungjawab untuk masyarakat benar-benar dilaksanakan.

Media Baharu