fb fb fb fb fb

Keluarga Malaysia semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan

(Usaha menyemarakan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 giat dilaksanakan)

CHUPING, 31 Julai- Jabatan Penerangan Negeri Perlis menganjurkan Program Merdeka Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Belukar Lenga dan Kubang Tiga bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022.

Dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Chuping dan JPKK Belukar Lenga, program bermotosikal itu disertai 50 peserta yang terdiri daripada masyarakat Siam.

Exco negeri, Asmaiza Ahmad berkata, tema sambutan tahun ini "Keluarga Malaysia Teguh Bersama" adalah selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia yang berbilang kaum.

"Program turun padang bersama masyarakat ini untuk meningkatkan momentum sambutan Bulan Kebangsaan melalui pelibatan seluruh rakyat daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa serta mengajak orang ramai mengibar Jalur Gemilang.

(Konvoi Merdeka Komuniti Keluarga Malaysia semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan)

"Sepanjang konvoi, peserta singgah di rumah penduduk bagi memasang Jalur Gemilang," kata Asmaiza kepada wartawan di sini.

Turut serta, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Azrul Hassan.

Media Baharu