fb fb fb fb fb

Semat semangat juang pahlawan, cintakan negara

(Foto FB Ismail Sabri)

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Bersempena sambutan Hari Pahlawan 2022, Perdana Menteri mengajak Keluarga Malaysia menyemat semangat juang pahlawan dan cinta kepada negara.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata nilai-nilai murni itu perlu dihayati agar masyarakat menjadi pewaris negara yang penuh bertanggungjawab kepada ibu pertiwi.

Menerusi catatan di Facebook, beliau mengingatkan rakyat tentang perjuangan dan pengorbanan dicurahkan barisan pahlawan mempertahankan kedaulatan tanah air.

"Perjuangan mereka sebelum dan selepas merdeka begitu besar sehingga sanggup mengorbankan nyawa.

"Sehubungan itu, ia perlu dihargai," katanya menerusi kenyataan itu.

Datuk Seri Ismail Sabri turut mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada semua perajurit negara.

(Datuk Seri Ismail mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada semua perajurit negara)

Media Baharu