SHAH ALAM, 12 Jun-Cadangan mengkaji semula Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) perlu diteliti.
Ini bagi mengambil kira isu semasa dan kebajikan ahli Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).
Menurut EXCO Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah, kajian itu juga penting bagi memastikan undang-undang dan peraturan sedia ada terus relevan dan efektif dalam mengurus cabaran baharu yang timbul.
"Kita faham bahawa mereka ini bekerja dalam keadaan sukarela untuk mentadbir.Kalau tidak beri sokongan dan dokongan dari segi kewangan kemantapan.
"Daripada segi pengurusan, mungkin mereka berasa kecewa kerana tidk mendapat kerjasama daripada pihak-pihak tertentu", katanya demikian selepas merasmikan program Seminar Pemantapan Pengurusan Bangunan Kediaman Berstrata Negeri Selangor di sini.
Tambah Borhan, perlindungan dan kebajikan ahli JMB dan MC perlu diberi perhatian agar mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan tanpa sebarang tekanan yang tidak perlu.