fb fb fb fb fb

18 Smartlane di lokasi tumpuan trafik di lebuh raya akan diaktifkan

Foto PLUS Malaysia Berhad (PLUS)

KUALA LUMPUR, 12 Jun- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bakal mengaktifkan laluan SmartLane di 18 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi membantu melancarkan pergerakan trafik di lokasi-lokasi kritikal sempena perayaan Aidiladha yang akan disambut pada 17 Jun 2024.

Plus dalam satu kenyataan berkata, ia boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

"Ketika Smart Lane diaktifkan, lorong kecemasan yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong di laluan kritikal lebuh raya.

"Orang ramai boleh mengenal pasti laluan Smart Lane ini melalui pemasangan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) untuk menunjukkan bahawa laluan Smart Lane diaktifkan dan boleh digunakan di lokasi-lokasi yang tertentu," katanya.

Selain itu PLUS juga akan memastikan tiada penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya itu antara 12 Jun hingga 19 Jun.

PLUS turut menyediakan jadual perjalanan digital, 'MyPLUS-TTA' menerusi Aplikasi PLUS bagi memudahkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan lebih awal.

Manakala bagi keselesaan pengguna, sebanyak 32 tandas awam telah ditambah baik di kawasan rehat dan rawat (R&R).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI