fb fb fb fb fb

Teliti, kaji dan selari sistem kewangan Islam dan produk muamalat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

BANGI, 26 Ogos - Sebarang perkembangan semasa mengenai sistem kewangan Islam dan produk muamalat perlu diteliti, dikaji dan diselarikan dengan hukum Fiqh Muamalat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia bagi memelihara Maqasid Syariah terutamanya menjaga harta supaya bebas daripada spekulasi, penindasan dan penipuan.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menyampaikan ucapan Majlis Perasmian Muzakarah Ahli-Ahli Penasihat Syariah, Institusi Kewangan di Malaysia kali ke-17 bertemakan 'Melestari Kemajuan Ilmu Muamalat Melalui Penyelidikan dan Penerbitan', di sini.

Dr. Na’im berkata, pengurusan dana awam dan pelaburan emas antara tumpuan perbincangan dalam muzakarah itu.
 
Katanya, semua institusi kewangan Islam juga disaran supaya terus menyokong usaha-usaha penyelidikan dan penerbitan agar isu-isu baru dalam kewangan Islam dapat ditangani, difahami masyarakat dan kekal berdaya saing.

Beliau juga berharap muzakarah tahunan tersebut dapat memupuk kolaborasi yang mantap dalam kalangan pengamal kewangan Islam, cendekiawan syariah, agamawan, pakar ekonomi, pihak pengawal selia dan ahli akademik dalam usaha meningkatkan penyelarasan dan mencapai harmonisasi syariah dalam sektor kewangan Islam.

TETITIA YUSOFF