KUALA LUMPUR, 1 Januari - Kerajaan akan terus memberikan komitmen bagi memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan melangkah ke hadapan penuh keyakinan bersama-sama rakyat dalam menyambut harapan baharu pada tahun ini.
"Inilah komitmen Kerajaan MADANI untuk Malaysia. Selamat Tahun Baharu!," katanya.
