JBPM Pahang teruskan operasi SAR lelaki hilang di Jeram Besu

RAUB, 1 Januari – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan dihanyutkan arus di Whitewater Rafting Jeram Besu berdekatan Kampung Jeram Besu, Raub tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi SAR diteruskan di Jeram Besu selepas seorang lelaki dilaporkan hilang ketika mandi di kawasan jeram.
  • JBPM Pahang menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada pukul 2.47 petang.
  • Pasukan dari BBP Raub dan PPDA BBP Bukit Angin bersama pasukan dari Temerloh dikerah ke lokasi.
  • Usaha pencarian menggunakan teknik surface searching melibatkan bomba, polis, APM, PBS dan penduduk kampung.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada pukul 2.47 petang.

Mangsa, Mohamat Firdarus Jamaidi, 25 , dilaporkan hilang ketika sedang mandi di kawasan jeram berkenaan bersama isterinya.

Sejurus menerima panggilan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub diketuai PBK I Che Anuar Ahmad bersama jentera segera ke lokasi kejadian.

Manakala Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin diketuai PBK II Mohd Syamsul Idzuan Abdul Malek bersama empat anggota dari BBP Temerloh turut diarahkan ke lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan menggunakan teknik pencarian di permukaan air (surface searching).

Turut serta dalam pencarian mangsa ialah lima anggota Polis, tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tiga orang PBS Kuala Gali serta orang kampung.

Setakat ini usaha mencari masih diteruskan