fb fb fb fb fb

Telegram tidak beri kerjasama

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah bertemu hampir kesemua penyedia platform perkhidmatan media sosial.

Menteri KKD, Fahmi Fadzil berkata ia bagi membincangkan pelbagai isu termasuk penyalahgunaan platform itu.

"Pertemuan yang terkini diadakan bersama pihak META yang menguruskan Facebook, WhatsApp dan Instagram sebagai contoh...kebanyakkan daripada platform ini memberikan kerjasama.

"Kita hadapi masalah dengan pihak Telegram, walaupun dijemput untuk bertemu, mereka hingga ke hari ini enggan memberi kerjasama," katanya.

(Fahmi pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini)

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Logo Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, di sini hari ini.

SKMM teliti tindakan terhadap Telegram

Sehubungan itu, SKMM akan meneliti tindakan yang wajar dikenakan terhadap pihak Telegram atas keengganannya berkerjasama.

"Maka saya telah minta pihak SKMM untuk meneliti apakah tindakan yang wajar perlu diambil kerana aduan yang kita terima ini banyak dan kita tidak lihat ada kesungguhan pihak Telegram untuk memberi kerjasama.

"Sebenarnya yang agak merisaukan adalah Telegram," tambahnya.

Media Baharu