fb fb fb fb fb

MYBHA sokong Pulau Pinang laksana pengawalseliaan STRA

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MYBHA) menyokong penuh insiatif kerajaan Pulau Pinang dalam mengawal selia Penginapan Jangka Masa Pendek (STRA).

Ia akan membantu memulihkan industri perhotelan dan pelancongan di negeri itu, di samping meningkatkan pendapatan bercukai kerajaan dan fi hotel yang telah diperkenalkan kerajaan negeri.

Menerusi kenyataan MYBHA, STRA merupakan satu perniagaan yang tidak mempunyai undang-undang mahupun peraturan mengawal selia perniagaan tersebut.

Justeru, inisiatif yang diambil kerajaan negeri memberi gambaran bahawa industri pelancongan dan perhotelan di Pulau Pinang dilindungi.

Pendapatan dan keuntungan yang wajar akan membantu para pengusaha hotel dalam memberikan perkhidmatan perhotelan dan pelancongan terbaik.


(Foto Hiasan)

Media Baharu