fb fb fb fb fb

Kesihatan mental, sokongan masyarakat penting

(Foto Hiasan)

PUTRAJAYA, 27 Mei- Institusi masjid perlu dijadikan markas kumpulan sokongan bagi membantu komuniti yang menghadapi masalah tekanan pasca pandemik terutamanya berkaitan kesihatan mental.

Menurut Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, masyarakat kini lebih bersifat individualistik akibat kesan pandemik yang memaksa mereka bergantung kepada platfom digital sepenuhnya bagi memenuhi keperluan harian sama ada bekerja mahupun belajar.

"Aspek kesihatan mental sudah menjadi ancaman kepada semua orang. Dalam hal ini saya ingin sarankan supaya jadikan institusi masyarakat seperti masjid, persatuan-persatuan sebagai satu platfom menjadi kumpulan sokongan kepada kita. Sokongan masyarakat penting dalam membantu mereka yang terjejas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perkongsian pada 'Seminar Madani Keibubapaan Di dalam Era Digital’ di sini.

Tambahnya, kawalan penggunaan secara berhemah peranti komunikasi merupakan antara tindakan awal yang boleh dilakukan ibu bapa terhadap anak-anak. 

Pendedahan terlalu lama terhadap peranti ini dikhuatiri mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku yang tidak bermoral.


(Foto Hiasan)

Media Baharu