KUALA PILAH, 27 Mei- Seramai 6,995 individu di Negeri Sembilan telah berjaya mendapat pekerjaan menerusi Karnival Kerjaya MYFutureJobs Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada tahun lalu.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata berdasarkan statistik MYFutureJobs, terdapat 8,103 kekosongan jawatan di Negeri Sembilan setakat April 2023.
"PERKESO juga telah menubuhkan beberapa pusat satelit MYFutureJobs di negeri ini iaitu Pusat Komuniti Desa (PKD) Jijan, PKD Jimah Baru dan PKD Serting Ilir yang berfungsi sebagai 'one-stop centre' bagi carian pekerjaan menerusi portal MYFutureJobs," katanya kepada pemberita di sini.
Dalam pada itu, seramai 8,129 orang suri rumah di Negeri Sembilan telah mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sejak 1 Disember 2022.
SKSSR bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

(Dalam pada itu, seramai 8,129 orang suri rumah di Negeri Sembilan
telah mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah
(SKSSR) sejak 1 Disember 2022)