PUTRAJAYA, 27 Mei- Jumlah kes yang dikenalikan oleh Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) di Hospital Putrajaya meningkat 10.6 peratus kepada 300 kes tahun lepas, berbanding 268 pada tahun sebelumnya.
Kebanyakannya, kes keganasan rumah tangga.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata OSCC memainkan peranan signifikan dalam menangani isu berkaitan keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak serta masalah seksual dalam kalangan remaja.
Perkhidmatan itu yang disediakan bawah Jabatan Kecemasan dan Trauma, berupaya membantu dan merawat mangsa yang terbabit.
"Kita 24/7, jadi mereka boleh datang dan ada doktor yang akan bantu...kemudian mereka itu akan dirujuk kepada OSCC.
"Jadi kita akan panggil semua stakeholders termasuk PDRM, YKN dan sebagainya, sokongan sosial untuk menguruskan kes tersebut," katanya.
(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa)
Dr Zaliha ditemui media selepas Majlis Pelancaran Larian Ria OSCC 2023, di sini hari ini.