fb fb fb fb fb

Telefilem 'Sesekali' terbitan RTM menang besar ATN-8

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Telefilem 'Sesekali' terbitan Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM) diangkat sebagai Telefilem Terbaik pada Anugerah Telenovela ke-8 (ATN-8) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara, malam tadi.

Pengarah telefilem tersebut iaitu Hisyamudin Ahmad turut membawa pulang trofi Pengarah Telefilem Adaptasi Terbaik.

Selain dua kategori itu, telefilem tersebut turut membawa pulang trofi Penulis Skrip Telefilem Terbaik (Lily Haslina Nasir), Pelakon Lelaki Telefilem Terbaik (Beto Kusyairi), Pelakon Pembantu Telefilem Terbaik (Hariry Jalil) dan Pelakon Kanak-kanak Harapan (Puteri Rafasya).

Sementara itu, lakonan mantap pelakon Fatimah Abu Bakar menerusi telefilem 'Pendoa Yang Ikhlas' terbitan Unit Drama TV RTM berjaya mengangkatnya sebagai Pelakon Wanita Telefilem Terbaik.

Sebanyak 106 telenovela berentap bagi merebut trofi lebih 40 kategori pada ATN-8.

(Foto fail)

BERITA BERKAITAN:
106 telenovela berentap pada Majlis Anugerah Telenovela Kali Ke-8

 

Media Baharu