KUALA PERLIS, 5 Februari- Masyarakat atau komuniti setempat diseru mendaftar sijil koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membantu merancakkan lagi ekonomi setempat.
Sekali gus ahli koperasi dapat menjana pendapatan sampingan melalui aktiviti perniagaan yang dijalankan.
Ketua Setiausaha kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Suriani Ahmad berkata ahli koperasi dapat mengembangkan sektor ekonomi dan taraf kehidupan masyarakat setempat.
"Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia ada di mana-mana, di setiap negeri ada, jadi untuk komuniti setempat nak dapatkan maklumat, boleh pergi ke mana-mana pejabat SKM untuk dapatkan maklumat ini.
"Selain maklumat, SKM juga boleh memberi latihan kepada koperasi yang baharu ditubuhkan atau koperasi yang ditubuhkan tetapi tidak tahu macam mana nak menjana lebih banyak pendapatan, SKM boleh membantu," katanya.
(Datuk Seri Suriani Ahmad)
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Temasya Perkampungan Warna-Warni anjuran Persatuan Pancuan 4 Roda Malaysia, di sini.
Turut berkenan hadir merasmikan program Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.