fb fb fb fb fb

Pengurangan peruntukan wakil rakyat perlihat kebijaksanaan PM tangani kekangan kewangan negara

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bersama Menteri Komunikasi dan 
 Informasi Singapura, Josephine Teo bergambar bersama para artis selepas menghadiri
Muzika Ekstravaganza-Duo Hits di Angkasapuri malam tadi/BERNAMA)

KUALA LUMUR, 5 Februari- Langkah pengurangan peruntukan pembangunan Ahli Parlimen bertepatan dengan situasi ekonomi semasa.

Pada masa sama, memperlihat kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menangani kekangan kewangan kerajaan.

Untuk itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berpendapat, setiap Ahli Parlimen harus lebih berhemat, selain memaksimumkan segala sumber yang ada bagi menyantuni rakyat di kawasan masing-masing.

"Apapun kita ambil maklum keadaan ekonomi sekarang terutama dari segi kewangan dan bebanan hutang kerajaan, maka program-program yang akan kita atur ini diharap dapat memberikan impak yang tinggi terutama untuk membantu menjana ekonomi negara," katanya.

(Fahmi Fadzil bercakap kepada pemberita selepas menghadiri
konsert Muzika Ekstravaganza-Duo Hits di Angkasapuri )

Beliau menyatakan demikian selepas menghadiri konsert Muzika Ekstravaganza-Duo Hits di Angkasapuri yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Informasi Singapura, Josephine Teo.

Jelas Fahmi lagi, antara usaha yang boleh dilaksana Ahli Parlimen ialah mendapatkan bantuan kerjasama daripada rakan-rakan korporat mereka menerusi program CSR.

Perdana Menteri sebelum ini memberitahu, peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen akan dikurangkan, tahun ini sebagai langkah mengawal kewangan negara..

Media Baharu