fb fb fb fb fb

Cabaran kos sara hidup, inisiatif bantu rakyat diumum menjelang akhir bulan ini - Rafizi

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Kementerian Ekonomi merangka beberapa inisiatif bagi membantu rakyat terutama golongan miskin dan belia, mendepani isu kos sara hidup yang kian mencabar.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat menjelang akhir bulan ini.

"Insya-Allah kita akan umumkan menjelang akhir Februari, saya tunggu bajet diumum dan diluluskan dahulu, jadi selepas itu akhir Februari insya-Allah kita umumkan program yang melibatkan inisiatif meningkatkan pendapatan rakyat.

"Kemudian ada inisiatif yang merangkumi soal harga barang dan juga pendapatan," katanya.

(Rafizi Ramli)

Beliau ditemui media pada program Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Pandah Indah, malam tadi.

Pengurangan peruntukan Ahli Parlimen ambil kira kedudukan kewangan negara

Mengulas peruntukan Ahli Parlimen yang dikurangkan, Rafizi berkata ia tidak harus dijadikan isu oleh pembangkang.

Tindakan tersebut dilakukan Perdana Menteri mengambil kira kedudukan kewangan negara.

Data dan fakta mengenainya dijangka bakal diumum Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini.

"Bila mereka dapat peruntukan mereka mestilah pandai berfungsi secara sihat dalam suasana yang ada sekarang.

"Mereka juga mesti menerima bahawa kedudukan kewangan yang ada sekarang ini, mereka yang tinggalkan," katanya.

Beliau turut mendedahkan, sehingga kini, pembangkang tidak pernah mengajak kerajaan membincangkan perkara berkenaan.

Media Baharu