fb fb fb fb fb

Perlis lancar Festival Manga Harumanis Perlis 2024

Majlis Pelancaran Festival Manga Harumanis Perlis 2024 di Kangar hari ini

KANGAR, 4 April- Jabatan Pertanian Perlis melancarkan Festival Manga Harumanis Perlis 2024 bermula hari ini hingga penghujung Jun depan, sekali gus menandakan buah ikon negeri itu sudah mula dijual.

Menurut Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan, Razali Saad, pengeluaran Harumanis pada tahun ini dianggarkan sebanyak 1,779.21 metrik tan dengan nilai jualan RM44.48 juta.

Jumlah tersebut meningkat berbanding tahun lalu dengan nilai jualan sebanyak RM31.08 juta.

Harumanis akan dijual pada harga RM25 hingga RM45 sekilogram mengikut gred iaitu Premium A, B dan C.

Razali Saad berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Pelancaran Festival Manga Harumanis Perlis 2024 di Masjid Tuanku Syed Putra di sini.

Turut berkenaan hadir merasmikan program berkenaan, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pembelian Harumanis kini boleh dibuat secara dalam talian melalui platfom Agro Bazar Online, aplikasi MAE dan Facebook Jabatan Pertanian Negeri Perlis serta pengedar-pengedar sah Jabatan Pertanian.

SITI AISHAH MD ISA