fb fb fb fb fb

Teguran audit FINAS dapat perhatian PM

(Fahmi (kiri) berucap pada tayangan ekslusif filem Duan Nago Bogho arahan Sabri Yunus (kanan) di GSC/BERNAMA)

PETALING JAYA, 19 Januari- Kementerian Komunikasi dan Digital akan melantik pengerusi dan barisan ahli lembaga baharu bagi menyelesaikan isu yang dihadapi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) seperti yang terkandung dalam teguran Laporan Ketua Audit 2021.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata teguran audit berhubung pembaziran dan pemberian dana yang dikaitkan dengan FINAS itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet.

Butirannya bagaimanapun perlu dibentangkan di parlimen terlebih dahulu sebelum perincian yang lebih teliti dibuat.

"Masa yang sama saya lihat, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS pada waktu ini serta pasukan sedang meneliti dan berusaha untuk mengatasi masalah. Cuma saya akan minta satu sesi taklimat penuh untuk saya faham apakah semua kebobrokan yang dimaksudkan dan sekiranya pihak FINAS ingin dan apakah tindakan-tindakan yang akan diambil," kata Fahmi ketika ditemui di sesi tayangan eksklusif filem Duan Nago Bogho di sini.

Beliau turut memaklumkan bahawa filem Duan Nago Bogho menerima Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM700,000 dan dana bantuan pemasaran sebanyak RM120,000 daripada FINAS.

Filem itu berjaya disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

(Fahmi ketika ditemui di sesi tayangan eksklusif filem Duan Nago Bogho)

 

Media Baharu