fb fb fb fb fb

Cakna 3L elak risiko kebakaran

(Wan Md Razali pada Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena TBC 2023)

PETALING JAYA, 19 Januari- Orang ramai diminta cakna dengan sikap 3L iaitu lalai, leka dan lupa serta mengutamakan keselamatan bagi bagi mengelak risiko kebakaran,

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata perkara itu boleh mengelak kemalangan yang boleh meragut nyawa dan kemusnahan harta benda.

"Kita lalai terhadap keselamatan khususnya keselamatan di rumah, kita leka dengan penjagaan anak-anak yang mungkin bermain pemetik api, main mancis, itu yang perlu kita jagalah. Kita jangan lupa dari segi keselamatan, contohnya apabila membuat masakan di dapur, kita perlu menjaga, jangan lalai, jangan leka dan jangan lupa", katanya.

Beliau ditemui semasa pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran bersempena Tahun Baharu Cina 2023 di sini.

(Wan Md Razali berkata orang ramai diminta cakna dengan sikap 3L iaitu lalai, leka dan lupa
serta mengutamakan keselamatan bagi bagi mengelak risiko kebakaran)

Media Baharu