KUALA LUMPUR, 19 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan amanat khas 'Membangun Malaysia Madani' pada pukul 11.30 pagi ini.
Intipati amanat khas itu adalah tentang bagaimana negara dan tatanan tersebut dapat menjunjung nilai serta etika yang baik untuk rakyat.
RTM akan membawakannya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Menerusi laman Facebooknya, Datuk Seri Anwar mengajak rakyat bersama-sama mengikuti amanat yang bakal beliau sampaikan.
"Ia sebagai usaha mencipta lonjakan baharu buat negara," menurut facebooknya.
(Amanat khas 'Membangun Malaysia Madani' pukul 11.30 pagi ini)