fb fb fb fb fb

Dua maut kemalangan berhampiran Plaza Tol Juru

Kemalangan melibatkan sebuah MPV dan sebuah lori di KM 141.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Juru/JBPM PP

PERAI, 20 November - Dua individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah MPV dan sebuah lori yang membawa muatan buah-buahan di KM 141.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Juru pada pukul 12.40 tengah malam tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nor Azli Md Hassan, pemandu MPV dan penumpang yang tersepit di dalam kenderaan itu dikeluarkan pada 11.56 malam.

"Pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada 11.32 malam dan bergegas ke lokasi kejadian. Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan.

Mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis.

Sementara itu pemandu lori tidak cedera.

Operasi menyelamatkan mangsa melibatkan lapan anggota Balai Bomba Perai dan Pasukan Bomba Sukarela Juru dengan bantuan anggota polis.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ