fb fb fb fb fb

AIGA tingkat tahap integriti sektor awam, pengurusan sektor swasta

Datuk Seri Fadillah berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Integriti Governans
dan Antirasuah (AIGA) 2022/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Januari- Anugerah Intergriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 bakal menjadi pencetus dan penanda aras kepada peningkatan tahap integriti dalam sektor awam dan pengurusan sektor swasta, itu harapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau juga menyarankan agar AIGA dijadikan satu program tahunan.

"Negara tidak akan berupaya melangkah lebih jauh sekiranya sektor awam, swasta dan seluruh masyarkat tidak berganding bahu dalam usaha meningkatkan integriti dan menolak sekeras-kerasnya rasuah di Malaysia.

"Saya dimaklumkan pegawai-pegawai penilai AIGA yang dilantik adalah daripada kalangan individu yang mewakili sektor awam, korporat dan NGO yang mempunyai kepakaran dalam aspek berkaitan audit kualiti, integriti, tatakelola dan antirasuah. Kriteria penilaian AIGA pula menepati piawaian antarabangsa antaranya ISO 37001 Anti Bribery Management System (ABMS) dan ISO 9001 Quality Management System." kata Fadillah ketika berucap di Majlis Penyampaian AIGA 2022 di ibu negara.

AIGA 2022 menyaksikan 116 penyertaan organisasi awam dan swasta dari seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 92 organisasi telah terpilih menerima Anugerah AIGA 2022 merangkumi 16 Anugerah Emas, 34 Anugerah Perak dan 42 Anugerah Gangsa.


(Datuk Seri Fadillah menyampaikan Anugerah Platinum kepada Datuk Haris Fadzilah Hassan
(dua, kiri) pada Majlis Penyampaian AIGA) 2022/BERNAMA)

Media Baharu