fb fb fb fb fb

Kanak-kanak perlu didedahkan kepada pendidikan seksual

(Datuk Seri Nancy Shukri berucap pada Majlis Perasmian Sesi Townhall Perkhidmatan Kanak-Kanak
(Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2023/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 19 Januari- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bakal menganjurkan mesyuarat penyelarasan berkaitan pendidikan seksual untuk kanak-kanak dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata mesyuarat itu turut melibatkan kementerian lain yang berkaitan.

Katanya adalah perlu bagi membina ekosistem dalam komuniti dengan penyertaan pihak yang relevan.

"Mengenai pendidikan berkenaan, mesyuarat ini adalah untuk mengetahui apa yang terkandung dalam modul dan mata pelajaran bawah sistem pendidikan negara pada masa ini. Itu adalah tujuan mesyuarat tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi dialog awam Perkhidmatan Kanak-kanak (pemeliharaan dan perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di KPWKM, di sini.

Keperluan menyediakan pendidikan seksual dalam kalangan kanak-kanak dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

(KPWKM bakal menganjurkan mesyuarat penyelarasan berkait pendidikan seksual untuk kanak
-kanak dalam masa terdekat melibatkan kementerian lain yang berkaitan)

Media Baharu