fb fb fb fb fb

TBC: 40,000 kenderaan dijangka masuk ke Terengganu

KUALA TERENGGANU, 18 Januari- 40,000 kenderaan dijangka masuk ke Terengganu bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Pertambahan sekali ganda berbanding hari biasa itu dijangka bermula esok secara berperingkat.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superitenden Ismail Man, situasi itu akan menimbulkan kesesakan teruk.

Sehubungan itu, 17 pegawai dan 142 anggota ditugaskan bagi melancarkan trafik sepanjang Ops Selamat 19.

Ini termasuk mengadakan rondaan di kawasan terlibat bermula hari ini hingga 27 Januari.

Rondaan meliputi 20 kawasan hitam yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan maut di semua daerah.

Pihaknya juga mengenal pasti lima kawasan panas sering berlaku kesesakan yang
perlu diberi tumpuan.

"Kita kenal pasti ada lima kawasan panas yang melibatkan 4 daerah iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut manakala kawasan hitam adalah 20 kawasan. Kita akan menempatkan rondaan PDRM dan juga Ops Payung," kata Ismail selepas menghadiri kempen keselamatan jalan raya bersempena Tahun Baharu Cina di sini.

Katanya beberapa laluan alternatif akan disediakan kepada pengguna jalan raya sekiranya berlaku kesesakan teruk.

(40,000 kenderaan dijangka masuk ke Terengganu sempena cuti perayaan TBC)

Media Baharu