fb fb fb fb fb

Integriti, tata kelola baik mampu jana produktiviti, pacu ekonomi negara - TPM Fadillah

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 18 Januari - Tata kelola pemerintahan negara perlu memaksimumkan pengamalan integriti dalam proses membuat keputusan serta bertindak balas secara aktif selaras keperluan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan gandingan elemen tersebut mampu menjana produktiviti, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.

"Penekanan kepada nilai integriti dan tata kelola yang baik dalam pentadbiran organisasi adalah satu tonggak utama kerajaan kerana melaluinya amalan ketelusan dan kebertanggungjawaban dapat menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Majlis Penyampaian
Anugerah Integriti Governans dan Antirasuah (AIGA) di Institut Integriti
Malaysia / FOTO BERNAMA)

"Kerajaan hari ini komited untuk menerapkan nilai integriti dan tadbir urus yang baik dalam rangka kerja masyarakat. Kedua-dua komponen tersebut saling melengkapi antara satu sama lain. Kekurangan salah satu darinya akan menyebabkan kepincangan ekosistem pengurusan sesebuah organisasi, syarikat dan negara," katanya.

Datuk Seri Fadillah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Intergriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022, di sini.

Sementara itu, Fadillah berkata peranan Insititut Intergriti Malaysia (IIM) terus diperkukuh dengan tiga fungsi teras.

Ini merangkumi aspek Pendidikan, Advokasi dan Latihan, Penyelidikan, Penerbitan serta Kerjasama Strategik.

"IIM juga diberikan peranan untuk membantu mengukuhkan kapasiti dan kompetensi integriti dan tata kelola sektor awam dan swasta, melalui produk konsultasi, latihan dan penilaian integriti," katanya.

Tambah Fadillah, inisiatif tersebut dilihat akan meningkatkan reputasi negara sekali gus meningkatkan potensi pengukuhan ekonomi dan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat.

Media Baharu