RIYADH, 12 November- Malaysia diiktiraf Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab sebagai negara penting yang aktif dan tegas memperjuang isu berkaitan umat Islam sejagat.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata paling utama, berkaitan pembelaan terhadap rakyat Palestin.
"Dalam sesi pra majlis dalam kalangan menteri-menteri luar, Malaysia dipilih salah satu daripada 10 negara untuk diadakan perbincangan awal sebelum mesyuarat menteri-menteri luar secara keseluruhannya. Ini bermakna posisi Malaysia diiktiraf oleh negara-negara OIC. Peranan ditunjukkan Malaysia juga sangat penting," kata Zambry.
Sidang kemuncak tergempar OIC dan Liga Arab itu turut menyerlahkan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi penghubung kepada pemimpin negara-negara Islam.
Penyatuan penting bagi mendepani sebarang permasalahan dan ancaman dihadapi Islam serta umatnya.