FOTO FB ISTANA NEGARA
KUALA LUMPUR, 31 Januari- Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat yang menyambut perayaan itu.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga rakyat serta keluarga dilimpahi kesejahteraan, keafiatan dan keceriaan.
"Semoga sambutan Tahun Baharu Cina mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat muhibah sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa," menurut status tersebut.
Seri Paduka Baginda berdua turut menasihati rakyat dalam meraikan hari yang bermakna ini, agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri dengan berdisplin mengamal kawalan kendiri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kerajaan.